Tuesday, December 28, 2010

hati sudah betah..



Aku mahu lupakan kau.
Kenangan kau.
Jiwa kau.
Kerna hati aku sudah betah.
Saat kau ajar aku cinta,dan tika aku mengerti.
Kau hadapkan aku realiti derita.
Kau ajar aku tak setia, saat kau buat hati ini luka.
Aku tak mahu semua itu.
Sebab aku adalah AKU.
Aku yang ini, tidak akan berubah menjadi yang itu.
Seharusnya kau tahu aku punya prinsip aku sendiri.
Aku punya ego dan maruahku.
Jangan kau fikir aku akan jadi apa yang kau mahu.
Kerna aku bukan kamu..
Aku punya garis haluanku sendiri.
Mungkin pada kau aku hanyalah debu jalanan.
Yang pasti kini aku hanya boleh diam di tepi.
Cuba untuk mengerti…

Nota kaki : Aku tetap aku. Aku terima jika Kamu akan terus menjadi KAMU. Biarpun itu perit.

Saturday, December 11, 2010

sayang x semudah kata...




sayang tak semudah kata..
namun aku mahu untuk merasa..

nota kaki : bi..biar kasih x semudah kata..asal bersama aku bahagia..terima kasih.

hATi itu rapuh..




mungkin hanya pada jiwa dapat kita bicara,mungkin hanya pada hati sendiri dapat kita ubat luka...sukar untuk disisih,saat hati luka...namun jauh cemburu dari hati..namun jauh kasih dari jiwa...rapuh patah ranting hati...mungkin boleh berdarah terus..abaikan~~~aku tahu itu yang aku lakukan..namun x kau tahu...betapa pedih hati ini merasa??


nota kaki : masing2 dah besar..tahu la jaga diri..ditelan bumi mati akal,diluah jauh hilang pedoman.

boria



Tuesday, December 7, 2010

hati

aku : kau kenapa?

hati : aku sedih

aku: knapa kau sedih?

hati : sebab dia x perasan aku. kasih tak hadir saat mata bersama.rindu x wujud
saat kami jauh

aku : sabarlaah ye~~




nota kaki : mahu saja aku jerit sama kau...

Sunday, November 28, 2010

Utopia itu...




Menanti. Menunggu. Hiba.
Aku cuba untuk menafsirkan. Belit kata, lidah tak bernyawa
Akal bukan pada hati. Jauh.
Kenapa kau tak mula? Kenapa harus aku?
Satu bukan dua
Tapi dua asalnya satu
Aku jenuh. Bosan. Hampa.
Hidupku keliru
Dimensiku celaru
Mana pangkal mana asal?
Pulang , tapi sudah jauh.
Aku mahu kau. Cukup .
Hadir ,hanya buat aku.
Sedar akan realiti? Mampu?
Dimana dunia sempurna?
Tercalar fantasi atas duniawi
Bukan salahku! Jelas aku kata
Aku mahu wujudkan dunia mimpi
Dialas harapan dan impian
Citaku besar. Anganku tinggi.
Tapi sedarku bagai batu.
Halang. Sekat. Hancur.
Andai kau dan aku punya vibrasi
Dan irama tari yang sama
Mungkin kau mengerti. Faham.
Saat celaru jiwa hati
Ingin sekali aku cari
Ketenangan yang kadang-kala jauh.
UTOPIA itu..
Tempat yang aku rasa
Hadir. Wujud dan dimengerti






WUJUDKAH “UTOPIA” ITU BUAT DIRI INI?

Monday, November 22, 2010

Kata buat kau.



(gambar perlis)



kata buat kau,
dari aku.mana mungkin kau paham..
cuba mengerti.
aku rindu.

jangan seksa diri ini boleh?

Thursday, November 18, 2010

diriku bukan aku.





Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

nota kaki : hati sedih rindu..

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

nie tuan punya rumah..EN HARIS HAIRUL AIZAD...



seronok dapat makan~~~



pegi naik bot jap~~



nie la muka2 sume org yg x tahu malu serbu rumah orang..



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.THANKS TO HARIS AIRUL AIZAD.

nota kaki : rindu kat family.... sob3

Wednesday, November 10, 2010

dialog jiwa dengan hati..



Kau tahu bukan?
Yang BENAR tetap BENAR..
Kenapa kau membantah?
Kerna aku tak mahu mengikut..
Hukum telah lurus, apa yang kau mahu?
Aku mahu bebas, bisa kau bagi..
Tenang jiwa hati aman, kau mahu?
Tidak, aku mahu duniawi..
Kenapa kau degil saat mereka mengikut?
Aku bukan mereka, dan aku bukan pengikut..
Iman dan solat tiang agama, mana tiangmu?
Aku tahu. Perlukah kau ulang fakta itu..
Jadi, apa yang halang kau?
Jiwa ini, masih belum akur..
Hanya cinta yang kau cari, bagaimana redha dari ilahi?
Aku cari dengan caraku, bukan diheret bagai kerbau dicucuk hidung..
Niat tak menghalalkan cara,mahu kau mengikut iblis?
Aku tahu diriku lemah, tapi egoku teguh seutuh gunung..
Bila kau mahu bertaubat,wahai anak adam?
Satu hari nanti...

ku tulis tentangnya lagi..



Berpuluh kali aku menulis,
Tentang cinta
Namun tidak satu
Memberi erti cinta sebenar
Kerna cinta untuk dirasa
Bukan diluah
Kerna cinta hadir saat jiwa
Kebah dalam kebahagiaan
Lesu dalam tawa
Gembira dalam suka
Mencari ertinya,
Umpama kembara tanpa hujung
Terus aku berjalan
Tanpa arah dan haluan
Teman
Disisi saat ku perlu
Untuk lupa tentangcinta
Kenapa aku perlu?Untuk cinta?
Kerna aku sendiri sedar
Bukan semua cinta itu sama
Lalu aku alirkan cintaku
Pada pena dakwat biru
Berhaluankan kata hati
Saat cinta hadir di jiwa
Banjir cinta yang aku alami
Masih menanti,
Jiwa yang satu lagi..

rindu




Mengapa hati tak bisa tenang,
Bagai air goncang,
Kelu lidah menzahir kasih,
Walau kau jauh ku masih rindu
Tawamu, sendumu,
Ku cuba untuk terus hadir...


nota kaki : buat ain sayang~

tafsiran realiti..



Tafsiran realiti menusuk fantasi,
Pemikiran tak lagi memahami,
Isi hati sekadar ilusi,
Kata jiwa tak lagi didengari,
Kasih, sayang, cinta.
Sekadar kata tanpa makna,
Kau tahu tak apa itu?
Itulah kasihku,
Tinggi bak banjaran,
Dalam jauh dasar lautan,
Kenapa kau tanya?
Dipulas kering inti akal,
Dihampar segala fakta
Mahupun fatwa
Tak dapat aku jelaskan,
Kerna kasihku tulus
Tanpa sebab
Mungkin kau untuk aku
Dan aku untuk kau,
Apakah kau mengerti?
Andai derita ini yang aku rasa
Ku mahu kau jauh darinya
Ku perit payah sedih dan duka,
Biar aku yang tanggung
Kerna aku mahu kau
Hadapi kemanisannya,
Seperti mana aku merasa..

Monday, November 1, 2010

cuba tuk mengerti



Mana kata nak ku bicara,
Mana hati nak dicuba mengerti,
Teriakku akan hadirmu
Saat jiwa gelora memecah garis romantis
Padamu aku hanya angin
Jauh aku cuba campakkan benak pemikiran ini,
REALITI itu pasti
Ya.aku adalah aku.
Hanyut dengan hayalan realitiku sendiri
Kau bukan buat aku
Sensara derita ini
Membuatkan hati terus menafi..
Sampai kapan bias aku tanggung
Gelora hati luka
Sedih pilu hati ini.
Bolehkah kau mengerti??

Friday, October 29, 2010

beza dog n cat person...

tetibe ade org tnye..ko suke anjing ke kucing???haha...dengan penuh taksub dan happynye aku segera menjawab ngan muke x bersalah...i'm a dog person(bukan orang anjing tau..tapi suke kat anjing)..coz cat is annoying~~hate cat...haha...so aku google la kat tenet mencari personaliti dog person...hehehe..


PERSONALITI DOG PERSON (yuppp!!!that me!!)

• extroverted, eager, unembarrassed, open
errr....yup2~~~(berdiri sambil mendabik dada~~)

• Interested in sports, adventuring, exploring, and outdoor pursuits
aku selalu men bola petang2~~sumpah!!(muke sungguh2)

• Like to be busy and go out a lot, like loud places like parties
yeaahhh!!!karok jomm~~~party2!!!situasi lagi terok kalo masok air..haha

• They tease and pick on each other in a friendly way, and like talking and boasting about their accomplishments
kan...aku memang baik...ensem pulak tue...betol tak??

• Have a large circle of friends and acquaintances and they make friends easily
kawan aku semua bulat~~~haha...


so..tu je la yg aku jumpe...ade bnyak agi...malas a nak tgk agi(muke bangga!)

disini disertakan personaliti bagi cat person pulak(terase cam aku wat surat alasan ketidakhadiran kuliah lak)


PERSONALITI CAT PERSON~~(kalo dah kucing aku x suke,dgn kau2 aku x suke!!hahaha..gurau ja..)

• introverted, self-conscious, shy, secretive, sensitive

• interested in quieter pursuits like reading, watching movies and videos, music, etc.

• Are homebodies or prefer quiet places

• Like their creature comforts and although they expect people to notice them, they tend not to boast, preferring to draw attention to themselves in less direct ways

• Have a small circle of close friends rather than a larger group


jadi nilai2 la sendiri yek~~~
ape2 pun...
kita semua diciptakan sesempurna ciptaan..
yang penting percaya pada diri..
dan terus maju ke hadapan..
gambate!!!


nota kaki : busy month...ezam mood~~~pecah la kepala aku...z.z.z.z

Monday, October 25, 2010

a story to share..

got carried away while doing my fren assgment..hehe..(it been a while since i write story~~,sorry for the grammar mistake..haha)








The sun was shining brightly as if I did not do the crime. The sin that haunts me for the rest of my life. I not totally proud of it, but my awake mind knows that was the right thing to do. I remember the day when I entered this place, this prison. The life time sentence is worth it. Not even a single day I spend here not remembering you. Your face, your sweet face, your beautiful hair, everything make me crazy.

The first day I met you, you was entering the hospital. The wind blaze like it never was before. My heart was pounding as fast as the bullet train in London. My eyes was star-struck, it like memorizing the moment I saw you, Jessica. That name was written on the patient card. From that moment, I was sure that we have our destiny together. But, I try to keep it casual, because I know the reality of the situation. You are my patient, and I am your doctor.

Time past by in our first appointment. As casual as I try to be, it was very clumsy. It have been such a long time since I feel this way, considering my situation as a single bachelor with a profession as neuron-surgeon doctor, with my good looking and my country accent. We were meant to be together, that what my heart tries to say. When I ask you about your problem, you answered me calmly. That time I look closely into your eyes, and I saw its blue sea in colour. Eventually, your eyes see right through me. We stand there, face-to-face. We kiss for the first time and the feeling flow right through my body, then struck my heart in many different directions. The day went by, and everything else seems colourfull.

My day became more brightly, the bird singing happily and everything seem flowing smoothly. My mind feel calm when I with you. We been on a few more dates, I learn more about you. We shared many things in common. For example, you love kids. I still remember the time we go to your work place, the kindergarten. I see how you handle those kids with care, and how you become one of them. It was so funny and exciting, all the memory with you blend together with my everyday life. You bring smile back to this face. I never had been able to explain what I felt, the chemistry that happens between us. It was a paranormal, something that could not be explained. But I am sure at that particular time, you are the one. I was ready for commitment. I want to marry you.

It all shattered when your medical result comes out. My heart crushes into pieces as I read what written on the paper. I try to re-look at it again and again. Unfortunately, no matter how much time I look at it; the result is still the same. The entire neurological statistic and the brain scan show that the test was a positive result. Maybe if it something good I would be happy, but its not. That explain why your are in the hospital’s bed right now. Your brain cancer is at its critical condition. It’s been three month since you were sick. I got to do this. I have to end your pain, because I love you so much. The tears drop as I put the needle through your beautiful hand, that now so weak. I love so much. This is what supposes to happen. I let you go in peace. Suddenly, a nurse enters the room, realizing what I have done. The rest is just a blur for me. My live end just the same time went I end your live. The police, court, and then prison. I don’t even care. I do what I must do. To set you free from your miserable nightmare.

It’s has been 10 years since I been in this prison. Your memories still linger with me, night and days. Every single things I do remind me of your. Sometimes I even dream about you, you thank me for what I did. I do not care about what people say about me, the called me cold blooded murderer, killer, and even psycho, but only I know what I felt. The pain your suffer is too much, maybe no one else can understand. But I do, and I just cannot stand there, watching you in pain. My love is what causes me to do that act, and I know someday they will understand. I hope we can be together again, maybe someday, but not in this life. Someday we will truly happy, living with our love and companion. Until that day, our love will live in my heart, burning as the strongest fire that will never fade away.

Saturday, October 23, 2010

Liku jalan itu..



Mungkin kau tak tahu apa yang telah aku jadi,
Apa yang telah aku berubah,
Tanpa kau sedari
Kerna kau terlalu sibuk.
Sibuk untuk tidak mengerti,
untuk terus mengabaikan.
Semua yang aku ingin nyatakan.
Kata pembelit bicara,
Mengapa kau tak bisa diam,
Jawapannya mudah.
Kerna aku mahu bicara padamu,
Ku dah lalui malam dimana aku.
Terus menabur kata pada angin lalu,
Kerna kau juga tidak sanggup,
Menghampar realiti pada garis fantasi,
Aku tahu apa yang kau tahu.
Aku sedar apa yang kau cuba sampaikan,
Tapi aku punya cara dan madah sendiri.
Dan jiwa manusia tak sama semua.
Jalan yang kau lalui itu,
Sudah menjadi takdir buat kau,
Tapi itu bukan takdir aku.
Jalan kau mungkin lebih berliku,
Membuatkan aku tidak memahami,
Tapi jangan kau abaikan,
Liku jalan yang aku lalui.

Tuesday, October 12, 2010

kosong





Hari nie aku sendiri.kosong.

Thursday, October 7, 2010

warna taman hati




hati jarang bicara,
tapi aku cuba mendengar.

kenapa hati x kukuh dan utuh
saat akal menebarkan fakta dan fatwa.

realiti satu kenyataan,
tapi kenapa benang fantasi terus melintang

aku tahu apa yang aku tahu,
tapi kadang alpa dengan apa yg aku mahu

jalan ini satu cabaran
mungkin aku mati di tengah jalan.

siapa mengerti apa khilafku
tunjukkan jalan agar aku tidak sesat.

sendiri aku di tepi dimensi
kuharap tangan kasih dapat ku sambut

ku cuba warnai hati ini
namun warna apa yang harus aku pilih??

Friday, September 24, 2010

masa waktu kita




citra ilustrasi masa,
mewarna benak realiti,
hitam jadi asas,
kerna hati sudah bosan
bosan dengan semua ini!!

apa maknanya hidup,
kalau aku sama dengan waktu,
terus mengalir,
hanyut mengharung dunia,
mengheret segala macam kerenah,
berlalu kadang perlahan,
lesu,tanpa makna

aku mahu citra hidupku warna gemilang
aku mahu kita terus ada,
kenapa itu pun sukar tuk kau fahami,
aku orangnya ringkas,
tapi padat pada hati dan fikiran,
memahami bukan masaalah,
mencaci lagi mudah

mungkin kau kata aku merapu,
tanpa alir hala tuju,
namun aku tetap aku,
yang bebas dengan ekspresiku
apa guna hidup bagai boneka
tanpa sebab.










dan terasa kini boneka itu aku.

Wednesday, September 22, 2010

ApA kAtA JiWa..




sunyi sepi pagi ini
sesepi jiwa saat dimensi kosong
rapuh hati tak mampu bertahan
goyah iman tak mampu ditegakkan
saat realiti dan fantasi ingin bersatu
namun hati ini tahu
apa benar dan yang cuma keinginan
mungkin persilangan ini satu ujian
atau rahmat?
ahh...pertanyaan terus kekal
soalan tanpa jawapan.
kosong
















tapi...
warna tetap ada
kalau dunia dipandang dari kaca mata berbeza..

Sunday, August 22, 2010

Taste is the best way to express yourself

Mungkin dalam hidup kita kurang meniti...meniti erti rasa dalam sesuatu makanan...betapa setiap perbezaan rasa menjadi warna kepada dunia masakan itu sendiri.tanpa kita sedari,masakan umpama salah satu cara yang terbaik untuk meluahkan rasa..selain memberi kebaikan lain juga..


tom yam yang sudah siap (bangga!!)



Jamie Oliver tengah menambah garam (poyo je!)



ini yang berlaku pabila lelaki memasak(bersepah-sepah!thanks to bad..haha)



nota kaki : masak nie men campak-campak je...nanti sedap gak..yang penting,masaklah masakan anda dengan penuh KASIH SAYANG!! :p

Thursday, August 19, 2010

LALALALA....

idea x datang mari,jadi kamera foto menjadi saksi...




kala hati berbunga suka, kata x perlu diluah,xperlu dikata..



suka suki hidup di dunia, jangan gundah gelana hendaknya..





nota kaki : ape tah aku merepek nie...hehehe

Wednesday, August 18, 2010

pening..

MUKE AKU PERAASAN ENSEM..




DAN LAGI...HAHAHA..



OK..YANG NIE LAST..HAHA





SAAT KEPALA PENING...DAH KUL 7..ANOTHER 3 HOUR BEFORE QUALITY CONTROL TEST..MLM ADE MATH ENGINERING TEST..SATU HABUK TARAK BACA.HAMPEH~~~

Monday, August 16, 2010

KESUCIAN JIWA





Semakin aku mencari apa sebenarnya yang aku rasa,tatkala akal berserabut dan kesunyian melanda jiwaku.aku akui,aku adalah insan yang lemah,mungkin berbeza bagi yang tidak memahami siapa aku sebenarnya.perubahan gelora perasaan kadang kala terumbang-ambing,mencetus tsunami emosi yang kadang kala membuatkan aku menangis.ya..aku menangis!mungkin satu kelemahan,namun hati ini bukan kuat seperti disangka.aku adalah aku.bagi yang mengerti,dan pada yang tidak,aku anggap hanya angin lalu,kena tak langsung membebankan hidup aku.semuanya mudah,ringkas.meneliti setiap penjuru realiti,aku tersedar seketika.aku hanyut.dimana ketuhanan,di mana aku?aku selesa dengan caraku.tapi cukupkah itu?saat jauh dari keluarga,umpama bebas dari sangkar emas,aku bebas,bebas mencuba,melakukan apa saja.bukankan kita sebagai manusia bebas melakukan apa saja yang kita mahu?seorang individu berkata,ambillah risiko sekiranya ingin melakukan kebaikan.manusia diberikan akal untuk berfikir.masing-masing dah besar,buatlah apa yang kau rasa betul.ku perdajalkan semua!kenapa?sebab aku sudah bebal.bebal dengan apa yang orang kata.kenapa?aku tak tahu.ku harap ada jiwa yang mampu mengerti.

TATKALA HATI SUKAR DISUCI,MANA JIWA PATUT KU CARI PETUNJUK?

Sunday, August 15, 2010

suka suki..







SUNGGUH INDAH CIPTAAN TUHAN.... :p

Saturday, August 14, 2010

coretan..





"setiap perkara datangnya bersyarat,setiap perkara ade risikonya"...

teringat kembali satu baris kata dari dekon...
aku kejar apa yang aku mahu..
tapi kadang kala rasa tak berbaloi...
bagai menyusur sungai mengikut arus...
aku terus bertahan..
tapi sampai bila?
terus terang..
jujur..
tak mungkin diterima..
apa lagi yang sudah terang perkaranya..
dicerita tambah mual..
busuk..
ingin saja aku sepak jauh-jauh..
takut muncul..
tapi kalau hilang susah nanti..
hati sayang kata tunggu,mesra jadi satu..
maksud?hampa.maknanya aku hanya perlu terus di sisi?
ya..pasti aku akan teruskan..
pahit dah lama aku kebah.sukar dah lama aku redah..
nanti mungkin aku tanya,kenapa?sebab?
aku kata,hidup ini sudah susah,jangan susahkan lagi hidup ni..
jadi,buat la ringkas-ringkas.abaikan yang berat..
BOLEH???

Thursday, August 12, 2010

JAUH TAPI DEKAT..



Jauh tapi dekat..
mungkin pada hati..
atau ingatan buat si dia..
mungkin hnya ingatan tanpa makna..
tapi yang penting..
hanya hati ini memahami..
aku rindu padamu..
teriakku..mungkin x didengari..
saat kau jauh..
biar kata mencaci cela..
biar fitnah ditabur merata..
hanya kau dan aku yang mengerti..
apa yg kita rasa..
biar yang lain alpa..
biar yang lain x mengeti..
kerna mereka bukan kita..
bersatu dalam hati..
jiwa sama mengerti..
erti kasih ini..
akan ku abadi..
sehingga akhir hayatku nanti...
kerna kau pasti tidak akan ku lupa..

Monday, August 9, 2010

saat kau buat aku...



saat kau buat aku..
mungkin hanya seketika..
mungkin x jauh..mungkin x dekat..
namun hati x bisa menafsir..
apa yang akal nak kata..
realiti versus fantasi..
kabur dalam ilusi yang aku cipta sendiri..
kau dan dunia kau..
aku jauh di dunia ku...
tenang..
saat kau hadir disisi..
mungkin kerna tuhan cuba memberi sesuatu..
ku yakin ini anugerah..
kerana apa ku rasa ini indah..
tafsir kata berbeza rupa..
saat jiwa dalam gelora..
ku harap hadirku juga satu keindahan.
seperti mana aku rasa akan kehadiranmu..
sepi.
indah.
hati.

Tuesday, July 27, 2010

lubang itam...




hati kosong lagi....

Monday, July 26, 2010

MATA




MATA..
KENAPA KAU TAK TABAH..
KENAPA KAU TAK LELAP.
AKU HAMPA,PUJUK KAU..
TIDUR..
ESOK HARI BARU.
JANGAN KENANG LAGI.
SEDIH DUKA HATI.
MARI SAYANG.
LELAPKAN DIRIMU...
KERNA AKU TAHU APA YANG KAU RASA.



SABAR YA....

Sunday, July 25, 2010

rindu dia..








aku rindu dia...aku rindu dia...aku rindu dia.....

hati...jiwa...minda....

ingat..dia.....hampa...

jauh...kasih...hati...

minta...jiwa...tahu.....

aku rindu.....

jiwa...sebelah...sana....

sambut...jerit.....hiba...

kasih.....jiwa...aku...

meronta.....ingin......diketahu...

sanggup.....aku......mati...

saat....kau.....pergi...

kerna....jiwa....tiada....

kosong.

TOLONG TAMATKAN DERITA INI.

Saturday, July 24, 2010

C.I.N.T.A






Cinta itu abstrak..cnta itu subjektif...setiap orang mempunyai pendapat berbesa tentang cinta.Tak perlu aku jadi hipokrit kerana cinta.Cinta mendatangkan rindu. Rindu pula satu anugerah.Cinta pula perlu pengorbanan.Salahkah aku tatkala mencintai orang yang tidak harus dicintai.Bagiku,cinta buat masa ini adalah perasaan suka.Suka tatkala bersama..Suka walau cuma 1 sms dibalas dengan kata2 hai..perasaannya sukar diberitahu..sukar difahami..kadang kala aku sendiri keliru..

Mungkin aku masih belum mengerti...tapi yang aku tahu..ak hanya mahu dia mengetahui..biar apa pun..mungkin dia tidak merasa..mungkin...segalanya mungkin..namun disaat aku dihanyut perasaan ini..aku bahagia..Biar cuma aku yang merasa..kadang kala ingin aku teriak pada dunia..tapi...

Padamu kuharap...kau hadir dalam hatiku..kiranya kau tahu betapa ku cinta padamu...setiap masa..seolah ada di sisi..kasih padamu..xkan pernah padam...Kiranya hanya engkau di hati..jiwaku ini kosong tampa pelukanmu..oh belaianmu...kasih..

Tapi yang penting lagu adamaya tue ingatkan ak pada kau..
semenjak kau hadir dlm hidupku,tiada lagi keresahan,enkau mengetuk pintu hatiku..kau yg bernama cinta...kau yg memberi rasa..kau yang ilham kan bahagia..hingga aku terasa..indah.

Bahagialah kau..dimana saja kau berada...walau kita jauh.kau tetap di hati...