Wednesday, November 10, 2010

tafsiran realiti..



Tafsiran realiti menusuk fantasi,
Pemikiran tak lagi memahami,
Isi hati sekadar ilusi,
Kata jiwa tak lagi didengari,
Kasih, sayang, cinta.
Sekadar kata tanpa makna,
Kau tahu tak apa itu?
Itulah kasihku,
Tinggi bak banjaran,
Dalam jauh dasar lautan,
Kenapa kau tanya?
Dipulas kering inti akal,
Dihampar segala fakta
Mahupun fatwa
Tak dapat aku jelaskan,
Kerna kasihku tulus
Tanpa sebab
Mungkin kau untuk aku
Dan aku untuk kau,
Apakah kau mengerti?
Andai derita ini yang aku rasa
Ku mahu kau jauh darinya
Ku perit payah sedih dan duka,
Biar aku yang tanggung
Kerna aku mahu kau
Hadapi kemanisannya,
Seperti mana aku merasa..

No comments:

Post a Comment