Tuesday, December 28, 2010

hati sudah betah..



Aku mahu lupakan kau.
Kenangan kau.
Jiwa kau.
Kerna hati aku sudah betah.
Saat kau ajar aku cinta,dan tika aku mengerti.
Kau hadapkan aku realiti derita.
Kau ajar aku tak setia, saat kau buat hati ini luka.
Aku tak mahu semua itu.
Sebab aku adalah AKU.
Aku yang ini, tidak akan berubah menjadi yang itu.
Seharusnya kau tahu aku punya prinsip aku sendiri.
Aku punya ego dan maruahku.
Jangan kau fikir aku akan jadi apa yang kau mahu.
Kerna aku bukan kamu..
Aku punya garis haluanku sendiri.
Mungkin pada kau aku hanyalah debu jalanan.
Yang pasti kini aku hanya boleh diam di tepi.
Cuba untuk mengerti…

Nota kaki : Aku tetap aku. Aku terima jika Kamu akan terus menjadi KAMU. Biarpun itu perit.

No comments:

Post a Comment