hati jarang bicara,
tapi aku cuba mendengar.
kenapa hati x kukuh dan utuh
saat akal menebarkan fakta dan fatwa.
realiti satu kenyataan,
tapi kenapa benang fantasi terus melintang
aku tahu apa yang aku tahu,
tapi kadang alpa dengan apa yg aku mahu
jalan ini satu cabaran
mungkin aku mati di tengah jalan.
siapa mengerti apa khilafku
tunjukkan jalan agar aku tidak sesat.
sendiri aku di tepi dimensi
kuharap tangan kasih dapat ku sambut
ku cuba warnai hati ini
namun warna apa yang harus aku pilih??
No comments:
Post a Comment