Saturday, October 23, 2010

Liku jalan itu..



Mungkin kau tak tahu apa yang telah aku jadi,
Apa yang telah aku berubah,
Tanpa kau sedari
Kerna kau terlalu sibuk.
Sibuk untuk tidak mengerti,
untuk terus mengabaikan.
Semua yang aku ingin nyatakan.
Kata pembelit bicara,
Mengapa kau tak bisa diam,
Jawapannya mudah.
Kerna aku mahu bicara padamu,
Ku dah lalui malam dimana aku.
Terus menabur kata pada angin lalu,
Kerna kau juga tidak sanggup,
Menghampar realiti pada garis fantasi,
Aku tahu apa yang kau tahu.
Aku sedar apa yang kau cuba sampaikan,
Tapi aku punya cara dan madah sendiri.
Dan jiwa manusia tak sama semua.
Jalan yang kau lalui itu,
Sudah menjadi takdir buat kau,
Tapi itu bukan takdir aku.
Jalan kau mungkin lebih berliku,
Membuatkan aku tidak memahami,
Tapi jangan kau abaikan,
Liku jalan yang aku lalui.

No comments:

Post a Comment