Sunday, November 28, 2010

Utopia itu...




Menanti. Menunggu. Hiba.
Aku cuba untuk menafsirkan. Belit kata, lidah tak bernyawa
Akal bukan pada hati. Jauh.
Kenapa kau tak mula? Kenapa harus aku?
Satu bukan dua
Tapi dua asalnya satu
Aku jenuh. Bosan. Hampa.
Hidupku keliru
Dimensiku celaru
Mana pangkal mana asal?
Pulang , tapi sudah jauh.
Aku mahu kau. Cukup .
Hadir ,hanya buat aku.
Sedar akan realiti? Mampu?
Dimana dunia sempurna?
Tercalar fantasi atas duniawi
Bukan salahku! Jelas aku kata
Aku mahu wujudkan dunia mimpi
Dialas harapan dan impian
Citaku besar. Anganku tinggi.
Tapi sedarku bagai batu.
Halang. Sekat. Hancur.
Andai kau dan aku punya vibrasi
Dan irama tari yang sama
Mungkin kau mengerti. Faham.
Saat celaru jiwa hati
Ingin sekali aku cari
Ketenangan yang kadang-kala jauh.
UTOPIA itu..
Tempat yang aku rasa
Hadir. Wujud dan dimengerti






WUJUDKAH “UTOPIA” ITU BUAT DIRI INI?

No comments:

Post a Comment