Wednesday, November 10, 2010

dialog jiwa dengan hati..



Kau tahu bukan?
Yang BENAR tetap BENAR..
Kenapa kau membantah?
Kerna aku tak mahu mengikut..
Hukum telah lurus, apa yang kau mahu?
Aku mahu bebas, bisa kau bagi..
Tenang jiwa hati aman, kau mahu?
Tidak, aku mahu duniawi..
Kenapa kau degil saat mereka mengikut?
Aku bukan mereka, dan aku bukan pengikut..
Iman dan solat tiang agama, mana tiangmu?
Aku tahu. Perlukah kau ulang fakta itu..
Jadi, apa yang halang kau?
Jiwa ini, masih belum akur..
Hanya cinta yang kau cari, bagaimana redha dari ilahi?
Aku cari dengan caraku, bukan diheret bagai kerbau dicucuk hidung..
Niat tak menghalalkan cara,mahu kau mengikut iblis?
Aku tahu diriku lemah, tapi egoku teguh seutuh gunung..
Bila kau mahu bertaubat,wahai anak adam?
Satu hari nanti...

No comments:

Post a Comment