Friday, September 24, 2010

masa waktu kita




citra ilustrasi masa,
mewarna benak realiti,
hitam jadi asas,
kerna hati sudah bosan
bosan dengan semua ini!!

apa maknanya hidup,
kalau aku sama dengan waktu,
terus mengalir,
hanyut mengharung dunia,
mengheret segala macam kerenah,
berlalu kadang perlahan,
lesu,tanpa makna

aku mahu citra hidupku warna gemilang
aku mahu kita terus ada,
kenapa itu pun sukar tuk kau fahami,
aku orangnya ringkas,
tapi padat pada hati dan fikiran,
memahami bukan masaalah,
mencaci lagi mudah

mungkin kau kata aku merapu,
tanpa alir hala tuju,
namun aku tetap aku,
yang bebas dengan ekspresiku
apa guna hidup bagai boneka
tanpa sebab.










dan terasa kini boneka itu aku.

No comments:

Post a Comment