Monday, August 16, 2010

KESUCIAN JIWA





Semakin aku mencari apa sebenarnya yang aku rasa,tatkala akal berserabut dan kesunyian melanda jiwaku.aku akui,aku adalah insan yang lemah,mungkin berbeza bagi yang tidak memahami siapa aku sebenarnya.perubahan gelora perasaan kadang kala terumbang-ambing,mencetus tsunami emosi yang kadang kala membuatkan aku menangis.ya..aku menangis!mungkin satu kelemahan,namun hati ini bukan kuat seperti disangka.aku adalah aku.bagi yang mengerti,dan pada yang tidak,aku anggap hanya angin lalu,kena tak langsung membebankan hidup aku.semuanya mudah,ringkas.meneliti setiap penjuru realiti,aku tersedar seketika.aku hanyut.dimana ketuhanan,di mana aku?aku selesa dengan caraku.tapi cukupkah itu?saat jauh dari keluarga,umpama bebas dari sangkar emas,aku bebas,bebas mencuba,melakukan apa saja.bukankan kita sebagai manusia bebas melakukan apa saja yang kita mahu?seorang individu berkata,ambillah risiko sekiranya ingin melakukan kebaikan.manusia diberikan akal untuk berfikir.masing-masing dah besar,buatlah apa yang kau rasa betul.ku perdajalkan semua!kenapa?sebab aku sudah bebal.bebal dengan apa yang orang kata.kenapa?aku tak tahu.ku harap ada jiwa yang mampu mengerti.

TATKALA HATI SUKAR DISUCI,MANA JIWA PATUT KU CARI PETUNJUK?

No comments:

Post a Comment