Monday, April 26, 2010

tarian kehidupan





IZINKAN DIRIKU,MELUAHKAN RASA~~

Setiap manusia mencari satu perkara yang mereka suka, mencari ketenangan dengan pelbagai cara...bagiku,menari umpama satu kebebasan...ketenangan yang tidak dapat digambarkan...mungkin bagi yang mengerti, tarian umpama pena luahan perasaan, yang menjadi medium yang indah..jika disertai dengan penghayatan..bagiku,tarian umpama perjalanan kehidupan, dimana pentas sebagai tapak waktu...yang sentiasa penuh cabaran dan dugaan...seorang penari bebas berkarya, menempuh suka duka di atas tujuan mereka sendiri,meskipun tidak difahami penonton kadang-kala,namun hakikatnya hanya si penari yang mampu meluahkannya...setiap tarian mempunyai keistimewaan, perasaan dan keseniannya sendiri..terpulang kepada individu untuk mentafsir..kerana paradigma setiap manusia adalah berbeza...kesenian satu keistimewaan, kerana kita sering meluahkan sesuatu secara terus terang di atas realiti pentas kehidupan...tidakkah lebih seronok sekiranya kita lebih kreatif dari segi penyampaian kita dalam meluahkan apa yang ingin dinyatakan...dengan cara kita sendiri...sekitanya mereka tidak memahami,cukup dengan penghayatanku sendiri,telah membuat aku bahagia..ku akui,kegembiraanku disini..menari adalah sumber ilhamku...dan temanku sepanjang jalan kesenian ini kuhargai selalu...

No comments:

Post a Comment