Friday, April 16, 2010

saat pena mula bicara...4


dilema 2
Dilema dunia,

Orang sakit disuruh mati,

Orang susah disuruh pergi,

Keputusan bukan dengan hati,

Namun akal yang telah dibodohi,

Dengan paradigma manusi pendengki,

Oleh penjajah diluar hakiki,

Dan ilusi dianggap realiti,

Hanya kerana kegembiraan menjadi intipati,

Pada kehidupan di era globalisasi

Segala perkara diluar tabii,

Menjadi biasa tiada bererti,

Kerap ditipu manusia ini,

Kerna mengikut kehendak hati

Ku katakan semua ini,

Bukan untuk dibenci,

Sekadar menghidang realiti,

Pada insan yang ingin mengerti,

Dilema dunia masa kini..

No comments:

Post a Comment