Saturday, May 15, 2010

Latihan Dekon (deklamasi dan lakon)






cuti sem 2...xbalik..join dekon...ak berlakon...
sesekali hati mencuba mencari kelainan...mencuba sesuatu yang baru...
setiap anjakkan paradigma yang berlaku,ak cuba untuk menghargainya...
sesuatu yang istemewa..kerana cintaku tetap pada debaran dan aura di pentas..
saat seluruh mata memandang kepadaku..
cuba menjadi orang lain,disaat kepura-puraan sebenarnya sudah sebati di alam nyata..
SAH TANPA HAK...
mengajar ak bnyak perkra..perkara remeh yang kita sebangai manusia alpa terlepas pandang..
bnyak yang aku sedar..dan rasa saat dekon ini dilaksanakan..
mungkin satu hari nanti aku akan membaca semula catatanku ini..
teringat bagaimana ak tersentuh..dan berbekas...dalam ilusi yang kami persembahkan..
dan sudah pasti,ini akan menjadi kenangan terindah...

Monday, May 10, 2010

wANG ulu,Simpang dan Kg wai










Merentas dimensi masa,
Ku masih disini,
Jasad yang kaku menanti,
Di garis kenangan ku meniti,
Mengimbau lembaran kasih,
Tatkala hati ingin menyinsih,
Andainya jasad tidak bersama,
Adakah hati terpisah jua?
Walaupun jarak dan haluan
Tak lagi serupa,
Namun kasih tetap kan bersama
Kiranya kau,aku, dia dan mereka
Masih punya rasa yang sama,
Ke hujung dunia dicampak kemana,
Tetap akal menafi segala,
Sewaktu sayap perpisahan dikepak seluasnya
Selimut kenangan ku paut sentiasa,
Menemani malam sunyi tanpa kita
Mungkin semuanya satu dugaan,
Yang perlu ku tempuh sepanjang perjalanan,
Air mata kasih tanda penghargaan
Buat insan digelar "kawan"
Ku tabah hati hingga ke hujung
Dan ku harap kalian jua begitu
Kerna ku yakin,Dalam hatimu,ada diriku,
Dan dalam hatiku,ada dirimu...........