Sunday, November 28, 2010

Utopia itu...




Menanti. Menunggu. Hiba.
Aku cuba untuk menafsirkan. Belit kata, lidah tak bernyawa
Akal bukan pada hati. Jauh.
Kenapa kau tak mula? Kenapa harus aku?
Satu bukan dua
Tapi dua asalnya satu
Aku jenuh. Bosan. Hampa.
Hidupku keliru
Dimensiku celaru
Mana pangkal mana asal?
Pulang , tapi sudah jauh.
Aku mahu kau. Cukup .
Hadir ,hanya buat aku.
Sedar akan realiti? Mampu?
Dimana dunia sempurna?
Tercalar fantasi atas duniawi
Bukan salahku! Jelas aku kata
Aku mahu wujudkan dunia mimpi
Dialas harapan dan impian
Citaku besar. Anganku tinggi.
Tapi sedarku bagai batu.
Halang. Sekat. Hancur.
Andai kau dan aku punya vibrasi
Dan irama tari yang sama
Mungkin kau mengerti. Faham.
Saat celaru jiwa hati
Ingin sekali aku cari
Ketenangan yang kadang-kala jauh.
UTOPIA itu..
Tempat yang aku rasa
Hadir. Wujud dan dimengerti






WUJUDKAH “UTOPIA” ITU BUAT DIRI INI?

Monday, November 22, 2010

Kata buat kau.



(gambar perlis)



kata buat kau,
dari aku.mana mungkin kau paham..
cuba mengerti.
aku rindu.

jangan seksa diri ini boleh?

Thursday, November 18, 2010

diriku bukan aku.





Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

nota kaki : hati sedih rindu..

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha

nie tuan punya rumah..EN HARIS HAIRUL AIZAD...



seronok dapat makan~~~



pegi naik bot jap~~



nie la muka2 sume org yg x tahu malu serbu rumah orang..



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.THANKS TO HARIS AIRUL AIZAD.

nota kaki : rindu kat family.... sob3

Wednesday, November 10, 2010

dialog jiwa dengan hati..



Kau tahu bukan?
Yang BENAR tetap BENAR..
Kenapa kau membantah?
Kerna aku tak mahu mengikut..
Hukum telah lurus, apa yang kau mahu?
Aku mahu bebas, bisa kau bagi..
Tenang jiwa hati aman, kau mahu?
Tidak, aku mahu duniawi..
Kenapa kau degil saat mereka mengikut?
Aku bukan mereka, dan aku bukan pengikut..
Iman dan solat tiang agama, mana tiangmu?
Aku tahu. Perlukah kau ulang fakta itu..
Jadi, apa yang halang kau?
Jiwa ini, masih belum akur..
Hanya cinta yang kau cari, bagaimana redha dari ilahi?
Aku cari dengan caraku, bukan diheret bagai kerbau dicucuk hidung..
Niat tak menghalalkan cara,mahu kau mengikut iblis?
Aku tahu diriku lemah, tapi egoku teguh seutuh gunung..
Bila kau mahu bertaubat,wahai anak adam?
Satu hari nanti...

ku tulis tentangnya lagi..



Berpuluh kali aku menulis,
Tentang cinta
Namun tidak satu
Memberi erti cinta sebenar
Kerna cinta untuk dirasa
Bukan diluah
Kerna cinta hadir saat jiwa
Kebah dalam kebahagiaan
Lesu dalam tawa
Gembira dalam suka
Mencari ertinya,
Umpama kembara tanpa hujung
Terus aku berjalan
Tanpa arah dan haluan
Teman
Disisi saat ku perlu
Untuk lupa tentangcinta
Kenapa aku perlu?Untuk cinta?
Kerna aku sendiri sedar
Bukan semua cinta itu sama
Lalu aku alirkan cintaku
Pada pena dakwat biru
Berhaluankan kata hati
Saat cinta hadir di jiwa
Banjir cinta yang aku alami
Masih menanti,
Jiwa yang satu lagi..

rindu




Mengapa hati tak bisa tenang,
Bagai air goncang,
Kelu lidah menzahir kasih,
Walau kau jauh ku masih rindu
Tawamu, sendumu,
Ku cuba untuk terus hadir...


nota kaki : buat ain sayang~

tafsiran realiti..



Tafsiran realiti menusuk fantasi,
Pemikiran tak lagi memahami,
Isi hati sekadar ilusi,
Kata jiwa tak lagi didengari,
Kasih, sayang, cinta.
Sekadar kata tanpa makna,
Kau tahu tak apa itu?
Itulah kasihku,
Tinggi bak banjaran,
Dalam jauh dasar lautan,
Kenapa kau tanya?
Dipulas kering inti akal,
Dihampar segala fakta
Mahupun fatwa
Tak dapat aku jelaskan,
Kerna kasihku tulus
Tanpa sebab
Mungkin kau untuk aku
Dan aku untuk kau,
Apakah kau mengerti?
Andai derita ini yang aku rasa
Ku mahu kau jauh darinya
Ku perit payah sedih dan duka,
Biar aku yang tanggung
Kerna aku mahu kau
Hadapi kemanisannya,
Seperti mana aku merasa..

Monday, November 1, 2010

cuba tuk mengerti



Mana kata nak ku bicara,
Mana hati nak dicuba mengerti,
Teriakku akan hadirmu
Saat jiwa gelora memecah garis romantis
Padamu aku hanya angin
Jauh aku cuba campakkan benak pemikiran ini,
REALITI itu pasti
Ya.aku adalah aku.
Hanyut dengan hayalan realitiku sendiri
Kau bukan buat aku
Sensara derita ini
Membuatkan hati terus menafi..
Sampai kapan bias aku tanggung
Gelora hati luka
Sedih pilu hati ini.
Bolehkah kau mengerti??