Saturday, April 17, 2010

persahabatan..





Biar kita hidup di dunia membawa erti yang berlainan antara satu sama lain, biar seberapa besar usaha kita untuk lari dari arus sosiolagi manusia, biar seberapa pantas untuk kita mengelak dari paradigma yang ditetapkan oleh masyarakat, namun semua itu hanyalah usaha yang sia-sia. Kita cuba menjadi sesuatu yang berlainan dari akar umbi kita, menjadi individu yang lain, dan cuba menafikan suara hati kita. Kita mencari geng, kawan, sahabat, dan teman sejiwa untuk berkongsi apa yang kita ada. Bersama pada waktu dan ketika itu merupakan detik yang manis dan indah, namun adakah kita sedar bahawa perubahan berlaku setiap masa. Walaupun kita kadang-kadang benci akan perubahan yang dibawa oleh aliran masa, namun kita harus sedar,perubahan itu adalah sesuatu yang baik. Biar sejauh mana perubahan itu berlaku, kenangan yang telah berlaku tidak seharusnya dilupakan. Bak kacang lupakan kulit, kata-kata lama ini terus terpahat pada waktu kita telah lupa, siapa diri kita sebenarnya. Hiprokitokrasi, boleh terasimilasi kepada siapa diri kita sebenar.Akan tetapi sedarkah kita, yang usaha kita sepanjang hayat dalam kehidupan seharian adalah untuk hanya menjalani kehidupan itu sendiri? Kesilapan, kesalahan,kekilafan, adalah lumrah manusia, kerna dari situ terbentuknya pengalaman. Pengalaman mengajar kita erti sebenar hidup, bahkan membuatkan kita lebih berhati-hati dengan persahabatan yang kita bina. Semakin kita menjadi dewasa, kadang-kadang kita terlupa makna persahabatan. Berteraskan kehidupan yang penuh meterialistik dan kealpaan, kita cenderung memilih sahabat yang tidak sepatutnya. Salah! Sebenarnya tiada istilah “salah pilih” dalam kamus persahabatan. Biar betapa buruk pun pengaruh persahabatan itu, kita harus sedar, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Carilah persahabatan mu berdasarkan kejujuran, dan keikhlasan tanpa penilaian yang menjatuhkan hukuman. Hayatilah persahabatan,dikala kita masih lagi dapat merasakannya. Cuba menjadi “kami”……

No comments:

Post a Comment