Monday, April 26, 2010
tarian kehidupan
IZINKAN DIRIKU,MELUAHKAN RASA~~
Setiap manusia mencari satu perkara yang mereka suka, mencari ketenangan dengan pelbagai cara...bagiku,menari umpama satu kebebasan...ketenangan yang tidak dapat digambarkan...mungkin bagi yang mengerti, tarian umpama pena luahan perasaan, yang menjadi medium yang indah..jika disertai dengan penghayatan..bagiku,tarian umpama perjalanan kehidupan, dimana pentas sebagai tapak waktu...yang sentiasa penuh cabaran dan dugaan...seorang penari bebas berkarya, menempuh suka duka di atas tujuan mereka sendiri,meskipun tidak difahami penonton kadang-kala,namun hakikatnya hanya si penari yang mampu meluahkannya...setiap tarian mempunyai keistimewaan, perasaan dan keseniannya sendiri..terpulang kepada individu untuk mentafsir..kerana paradigma setiap manusia adalah berbeza...kesenian satu keistimewaan, kerana kita sering meluahkan sesuatu secara terus terang di atas realiti pentas kehidupan...tidakkah lebih seronok sekiranya kita lebih kreatif dari segi penyampaian kita dalam meluahkan apa yang ingin dinyatakan...dengan cara kita sendiri...sekitanya mereka tidak memahami,cukup dengan penghayatanku sendiri,telah membuat aku bahagia..ku akui,kegembiraanku disini..menari adalah sumber ilhamku...dan temanku sepanjang jalan kesenian ini kuhargai selalu...
Saturday, April 17, 2010
persahabatan..
Biar kita hidup di dunia membawa erti yang berlainan antara satu sama lain, biar seberapa besar usaha kita untuk lari dari arus sosiolagi manusia, biar seberapa pantas untuk kita mengelak dari paradigma yang ditetapkan oleh masyarakat, namun semua itu hanyalah usaha yang sia-sia. Kita cuba menjadi sesuatu yang berlainan dari akar umbi kita, menjadi individu yang lain, dan cuba menafikan suara hati kita. Kita mencari geng, kawan, sahabat, dan teman sejiwa untuk berkongsi apa yang kita ada. Bersama pada waktu dan ketika itu merupakan detik yang manis dan indah, namun adakah kita sedar bahawa perubahan berlaku setiap masa. Walaupun kita kadang-kadang benci akan perubahan yang dibawa oleh aliran masa, namun kita harus sedar,perubahan itu adalah sesuatu yang baik. Biar sejauh mana perubahan itu berlaku, kenangan yang telah berlaku tidak seharusnya dilupakan. Bak kacang lupakan kulit, kata-kata lama ini terus terpahat pada waktu kita telah lupa, siapa diri kita sebenarnya. Hiprokitokrasi, boleh terasimilasi kepada siapa diri kita sebenar.Akan tetapi sedarkah kita, yang usaha kita sepanjang hayat dalam kehidupan seharian adalah untuk hanya menjalani kehidupan itu sendiri? Kesilapan, kesalahan,kekilafan, adalah lumrah manusia, kerna dari situ terbentuknya pengalaman. Pengalaman mengajar kita erti sebenar hidup, bahkan membuatkan kita lebih berhati-hati dengan persahabatan yang kita bina. Semakin kita menjadi dewasa, kadang-kadang kita terlupa makna persahabatan. Berteraskan kehidupan yang penuh meterialistik dan kealpaan, kita cenderung memilih sahabat yang tidak sepatutnya. Salah! Sebenarnya tiada istilah “salah pilih” dalam kamus persahabatan. Biar betapa buruk pun pengaruh persahabatan itu, kita harus sedar, semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Carilah persahabatan mu berdasarkan kejujuran, dan keikhlasan tanpa penilaian yang menjatuhkan hukuman. Hayatilah persahabatan,dikala kita masih lagi dapat merasakannya. Cuba menjadi “kami”……
pEnCaRIaN
pErSaHaBaTaN......
dI BUmI iNI...
AkU mEnCaRi...
gEng,sAhAbAt,TeMaN DaN TaUlAn...
pErNaH sEseOrG BeRtAnYA PaDAku..
bILaKaH PeNcARiAnmu aKaN beRAkHIr?
lAlU ku KaTaKaN PaDAnya...
"BiAr LaNGIT TeRBeLAh dua,
bIaR hUJaN dI Bumi bertukar wArNA,
DaN apA SAjA PaRaDIgMa mAnuSia PendeNgKi MeNcAci cEla..
TeTaP AkAn ku TerUsKaN...
kERnA KU TaHU...
KeMAniSaN PerSAhAbAtaN...
eRti KeAkRaPan....
kEgEmbIraAn geLaK TaWA...
DaN KeBaHaGiAn...
dAtAnG dArIPaDA KaMU, SAHABAT!"
Friday, April 16, 2010
kerinduan tanda cinta...
kerinduan hati~~
Diri ini tidak tahu apa yang dirasa.Rindu?Sedih?Perit?ehmm...mungkin apa yg diri ini sudah lakukan adalah salah...tapi apa salahnya cinta..aku yakin apa yang aku rasa adalah cinta,kasih kepada insan lain yang jauh lebih hebat dan banyak daripada aku menyayangi diriku sendiri..wujud satu persoalan yg aku pikirkan....adakah dia juga rasa apa yang aku rasa?mungkin tidak...tapi aku rasa lebih bagus jika dia tidak terlalu mengingati atau mencintai aku..kerna aku tidak mahu dia merasa keperitan yang aku rasa..Jauh dari dirinya...kadang kala tika aku dekat dengannya..tak mampu pula tuk aku katakan yang aku sayang padanya..aku jual mahal,egoku setinggi gunung..namun aku tetap cemburu bila dia gembira dengan org lain,dan bukannya aku..aku patut gembira atas kegembiraannya,bukan sebaliknya!ah, aku sedih jika aku lihat dia tidak bermaya..xgembira..kerna ku tahu dia umpama anak kecil yang mahu dimanja,yang hidupnya penuh warna warni kegembiraan dan keriangan..sesekali teringat kucupan hangatnya...pelukannya...yg membuat aku tidak keruan..ingin saja aku teriak memanggil namanya...dan katakan betapa aku sayang padamu..namun ku tahu,realiti itu jauh..mampukah aku bertahan dengan cebisan kenangan ini??
Kewujudan...
kewujudan...
....................
SeEkOr bUrUnG mUlA hIdUp TaTkAla MulA2 mEnEtaS.Di AtAs SArAnG yAng SaMa,BurUng ItU dIaSuH daN dIjAgA oLeH iBu Si BUruNg.ApABiLa TiBa MaSaNyA, SaNg BUrUnG mULa BeLaJaR teRBaNg DaN aKhIrNYa HiDuP sEnDiRi. SaMa SePeRtI ManUsIa, YaNg MulA nya dIaSuH dAn DiJaGa OlEh KedUa OrAnG tuA , HiNgGaLaH mAmPu bErDiKaRi DaN bEbAs tERbAnG Ke aLam rEalItI. KITaRaN iTu AkAN tEruS teRJAdi, sepERtI tIaDa PeNgHUjUNgNyA. . bIaRpUn SeBeRaPA uTuh SeOrAnG iNsaN Itu, PaStI aKAn TIbA sAaT dImAnA KeUtUhAnNyA aKAn TerUjI. gElORa JIwA yAnG meLaNdA KadAng-KaDAng MeNyEbAbKaN kItA hIlAnG pEdOmAn, MUlA mEnYeBAbKaN insane MEnCaRi SiNaR pERLIndUnGAN. kItA KeMbAlI kePaDa PeRAsAn, SiTuAsI, dAn KeAdAaN DiMAnA kItA mErAsa SELAMat dAn SeLeSa, SEpERtI yAnG diRaSA sI buRunG di DaLaM SaRanG duLUnyA. aDa yAnG mEnEmuInYA, daN ....aDa.... JUgA yang TERuS bEraDa DALaM KeGeLaPaN. bERuNtUNg BaGi InsAn YaNG mAmPu lArI sEjEnAk DaRI kEsUsAHaN yANg mEnImPa,NaMuN ItU tIdAK bEeRtI kEsUsAhAn ItU aKaN teRhEnTi. sEpAnJaNg JaLuR keHiDuPaN iNi, SuDaH pAStI kItA akAn dIhArUngi deNgAn BerMaCam-MaCaM gEloRa , YaNg KaDaNg-KaLa tIdAK maMpu DiTanGGuNG sEnDiRiAn. HaKikAtNyA,kItA SEbAgAi MUsAfIr Di BuMi InI hArUs PaNdAi MemBuAt PiLihAn Dan KePuTuSaN. kEsEdIhAn AkAn DiGaNtI dEnGaN kEgEmBiRaAn, DaN SeTiAp yang bERLAkU aDa maKsUdNyA. bIaR KitA tErUS CUbA mEnAfIkaN kEnYaTaAn YaNg HiDuP iNi AdaLaH pErJAlAnAn iNdIvIdU, yAnG pAsTi JaNgAn SeSeKaLi KitA nYaTaKan KeHaDiRaN iNsAN lAin AdAlAh TiDaK pEnTinG, kErAnA, uNtUk mEnYeDaRI keWuJUdAn KitA, hAnYa PerLu SeOrAnG Di MuKa BuMi InI, sEkuRaNg-KuRaNgNyA, mEnYeDaRi……
saat pena mula bicara...4
dilema 2
Dilema dunia,
Orang sakit disuruh mati,
Orang susah disuruh pergi,
Keputusan bukan dengan hati,
Namun akal yang telah dibodohi,
Dengan paradigma manusi pendengki,
Oleh penjajah diluar hakiki,
Dan ilusi dianggap realiti,
Hanya kerana kegembiraan menjadi intipati,
Pada kehidupan di era globalisasi
Segala perkara diluar tabii,
Menjadi biasa tiada bererti,
Kerap ditipu manusia ini,
Kerna mengikut kehendak hati
Ku katakan semua ini,
Bukan untuk dibenci,
Sekadar menghidang realiti,
Pada insan yang ingin mengerti,
Dilema dunia masa kini..
saat pena mula bicara...3
In this time,
the moment that sleep,
Upon hundred of people who awake
in the flow of time
we try to define
the meaning of this life
the things that not been done
always hunting us back
back to where our memory line
draw in an illusion of our self
despite the illusion is not real
nor it not exits
We live in this world
full of lies and sorrow
the strengh that everyone need to find
the search without an end
although it just right there
in front of everyone eyes
mistake and misery
make this life empty
just like a child
in this far fairy land
without no experience
and no virtue
of something that might come true
we se as clear as the sky
the green is not always there
in the place where it belong
so hold thigh and don't let go
couse i be there whereever u may go..
saat pena mula bicara...2
dilemma
di persimpangan jalan itu,
kaku berdiri,
kerna aku sudah termanggu,
untuk membuat keputusan,
tanpa sesalan dan kehampaan,
pada apa yang bakal berlaku.
di persimpangan jalan itu,
aku terus tertunggu,
menimbang akal dan perasaanku,
gelora jiwa di dalam diri,
ku bendung agar tidak menengelami,
inti-inti pertimbanganku.
di persimpangan jalan itu,
dua pilihan ku pilih satu,
yang bakal mencorak apa yang menunggu,
di masa mukaku,
dengan itu ak harus tabah,
kerna keputusan harus dibuat,
tanpanya mungkin tidak ada,
persimpangan lain yang lebih indah..
saat pena mula bicara...
ciNtA
KUNANG2 DAN SENJA
AK ADALAH KUNANG2...
TERBANG DI TENGAH MALAM...
BERKELIP SEORANG DI DALAM SEPI...
INDAH RIMA DAN IRAMA KELIPKU..
HANYA SEMPURNA DENGAN HADIRMU...
KAU UMPAMA SENJA...
DAN AK ADALAH KUNANG2..
INDAH BERGABUNG BERDUA...
KAU MENGINDAHKAN HARIKU...
KERNA BERTEMU DENGAN MU...
AK PASTI CAHAYA BAHAGIA MENANTI...
WALAUPUN PERPISAHAN TETAP TERJADI..
KU PASTI...DI HUJUNG SENJA NANTI...
AKAN KU TUNGGU PASTI...
KERNA AK ADALAH KUNANG2...
YANG MENANTI SETIA
KEHADIRAN SENJA...
Kelahiran blogku..hahaha
Dalam kita meniti liku2 kehidupan, kadang kala kita jarang mengambil kisah tentang perihal kecil seperti suasana sekeliling, perasaan manusia, serta fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Kita mewujudkan ketegangan dalam aliran kehidupan yang dijalani, tanpa menyedari kita menimbulkan beban terhadap diri sendiri. Bagi diriku, salah satu caranya dengan menulis. Dengan kata2 biasanya kita dapat meluahkan apa yang terbuku di hati,tersirat di kalbu, dan terbenam di benak fikiran. Keterbukaan muncul disaat keselesaan menjelma. Justure, lahirlah arora cintaku padamu....ditulis dengan kasih sayang penulis bernama sahrel...hanya untuk membentangkan pada mata sesiapa jua..betapa indahnya hidup ini, saat kita menghargainya....
Subscribe to:
Posts (Atom)