normal
idiot
person...
Sepertinya setiap masa manusia mencari kesempurnaan. Namun tanpa disedari apa yang dicari itu hanyalah suatu yang sia-sia. Sesetengah kecacatan itu mampu dianggap sebagai kesempurnaan. Pernah guru bahasa memberi kata-kata..."kepincangan bahasa itu adalah satu seni ". Aku masih ingat. Kekal. Tak dapat ku lupa.
JARANG
aku punya masa yang jarang untuk menulis. Mahupun meluahkan kata-kata. Hidup mungkin terlalu indah dan singkat untuk kita bebani dengan masalah, walaupun kadang-kala masalah itu datangnya dari diri kita sendiri. Maaf mudah untuk kita lafazkan, namun bagi sesetengah manusia perkataan itu umpama meruntuh gunung keegoan yang tinggi mencecah langit. Jika mahu dibandingkan ego siapa yang lebih tinggi, mahu tidak cukup satu bima sakti untuk dibandingkan. Melupakan, memang sangat payah, bahkan dinampakkan seperti mustahil.
REALITI.
Banyak timbunan beban semakin dilihat. Di tahun ini sahaja, dibebani dengan FYP (final year project) yang agak memenatkan. Sepertinya semua masa di dunia tidak cukup buat aku. Ahhh...persetan kan semua! mohon semangat untuk berusaha!
RUTIN
aku pasrah. makan tidur ke kelas dan ulang. Lemah. Aku perlu jiwa. SESUATU. tapi apa?
nota kaki : sedang cuba meniti hari tanpa si dia, kadang payah saat hati jauh dari tenang, jiwa ini rapuh tapi keras, andainya jiwa mampu dibebaskan seperti angin..indah.
No comments:
Post a Comment